Sejarah penubuhan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.